KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..
Showing posts with label laWaK. Show all posts
Showing posts with label laWaK. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

:: saLah tafSiRaN.. ::

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapal terbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karana situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapal terbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".


hahahahaaaaa.... << ira gelak.. :DD


* satu cara tok ira mnceriakn diri dgn mmbaca cite2 cmni.. huhuu...

:: 11 kiSaH peLik? ::


Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

=====================================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma untuk rumah
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

=====================================

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada
teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu
gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang
selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

======================================

Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

======================================

Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

========================================

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

========================================

Cerita 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : selamat pagi tuan
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

=========================================

Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia bertanya:

" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke
saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

=========================================

Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang
menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin
sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

=========================================

Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab
atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan
atok duduk dalam tong merah tu?"

========================================

Cerita 11


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga
lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat
berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"
Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding,
apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir."
Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun
tersenyum?"
Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya!"

:: soaL jaWaB guRu daN siN cHaN ::

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan : Kerana sebuah papan tanda.
Guru : Papan tanda mana ?
Sin Chan : Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru : Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan : "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru : Bukan, Salah tu.

Sin Chan : Mungkin itu salah, tapi cikgu tanya saya macam mana saya mengeja'y, itulah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*


Guru : Apakah formula untuk air?
Sin Chan : "HIJKLMNO"!!
Guru : Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan : Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan : Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru : Betul. Sekarang, kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas : Sin Chan cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru : Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan : Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan : Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru : "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan : "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan : Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan : Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru : Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan : Tidak cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru : Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan : Seorang guru, cikgu!