KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..

Sunday, December 14, 2008

~ MENCARI KEREDHAAN-MU ~

aku mencari keredhaan-Mu..
dalam kepekatan malam..
dalam keheningan malam..
aku bangun sujud pada-Mu..
memohon keampunan dari-Mu..
bermonolog aku pada-Mu..
mencari keberkatan..
aku yang kerdil di bumi-Mu Ya Tuhan..
bermunajat memohon keredhaan-Mu..
moga beroleh kedamaian hati..
moga beroleh ketenangan jiwa..
moga ditetapkan imanku..
menuju jalan kebenaran..
menuju bahagia duniawi dan ukhrawi...

:: aKu ::

aku bukan perenang
yang bisa mengharungi lautan
melawan ombak mendatang

tapi aku bisa menyelam
mencari butiran tiram
untuk ku jadikan ilham...

aku bukan pemanah
yang sering menepati sasaran
bila panahan dilepaskan

tapi aku bisa melempar
menepati garis bertanda
walau kekadang ku tersasar...

aku bukan penyair
yang bisa memukau pembaca
dengan susunan kata puitis

tapi aku bisa menulis
walau hanya aku yang mengerti
makna tersirat di baris kata...

aku bukan cendekiawan
juga bukan karyawan...

aku bukan sesiapa..

aku hanya manusia..

yang cuba menjadi insan...

dan bukan sekadar orang....

Wednesday, December 3, 2008

Dr.Fadhilah Kamsah menulis...

Assalamualaikum....

masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasi yang dia makan.. dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen.. tapi taklah everytime secara puratanya sekali mesti ada mak suruh buat macam tu...
dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan. either belen makanan mak atau abah.. tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk abiskan.. kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik-beradik yang lain.. samada kami perasan atau tidak.. so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak...
akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri.. arwah tok perempuan kami lah sebelah abah.. mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak.. dan saya sendir akui kesannya.. makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik-beradik diam membisu.. jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak.. samalah ceritanya.. dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.. dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka.. solat berjamaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib.. kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam.. kemudian berganti.ganti bacakan doa lepas solat.. ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang...
saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat berjamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali. tak caya try buat.. solat berjamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib. dapat semua waktu lagi baik.. sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya.. dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! so, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those eho listen to him (on shall pass on his words to other, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. do impart this knowledge; you'll lose nothing..

Wallahu A'lam... Terima Kasih,

caHaYa AyaT KuRsi... :: Nikmat Ayat Kursi mengikut Hadis-hadis ::

~ barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh..


~ barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat subuh..


barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk Syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jiran dan ahli rumah-rumahnya di sekitarnya..


~ barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hari orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat..


~ barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya..


~ barang siapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..


~ barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya...

Tuesday, December 2, 2008

:: !Bu :: ~LuaHaN haTi~

aku rindukan ibu... bonda tersayang!! rindu sangat-sangat kat dia.. lepas dia pergi..segala-galanya berubah.. tak sama lagi macam dulu.. kini baru aku betul-betul rasa kehilangan dia...

tiada lagi ciuman seorang ibu...pelukan seorang ibu...nasihat daripada seorang ibu..lawak jenaka ibu.. segala-galanya hilang.. hanya bayang-bayang di mata + fikiran yang ada..

mungkin dah tiba masanya untuk dia pergi.. aku redha.. ibu pun dah setahun lebih menderita.. tak sanggup aku melihat keadaan ibu masa dia sakit..

tabahnya hati ibu menerima semua tu..

tak ada siapa yang dapat menggantikan tempat ibu di hati aku..

dulu,masa dia masih ada di muka bumi Allah nie..ibulah yang paling aku rapat.. bila time cuti sekolah,ibulah yang merancang nak pergi ke mana.. tapi sekarang??? rasa lain sangat..

bila time puasa,ibulah yang pagi-pagi sibuk buat sahur untuk keluarga..

selain ayah..ibulah yang banyak bersusah payah untuk keluarga.. tak dapat aku bayangkan betapa penatnya dia..

time dah nak raya..ibulah yang jahitkan baju aku..adik2.. tapi sekarang????

segalanya tinggal kenangan..

tak ada lagi tempat untuk aku meluahkan perasaan.. tak ada lagi tempat untuk aku mengadu...

semuanya terjadi dengan terlalu cepat...

time ibu sakit..aku hanya mampu menolong ibu sekadar yang mampu.. kalaulah sakit ibu tu boleh pindah kat aku..kan bagus.. tak adalah ibu sakit menderita macam tu...

tapi nie semua ujian dari Allah...

aku tahu,Dia tengah menguji kami sekeluarga...

walaupun hati nie terasa sunyi,,tapi aku tetap kena teruskan perjuangan aku di muka bumi nie...

hanya bayang-bayang yang dapat mengubati rindu aku pada ibu...

"ibu,,kalaulah ibu boleh dengar sekarang..kakak nak cakap yang kakak sayang sangat kat ibu!!!! terima kasih sebab ibu sanggup jaga kakak,,besarkan kakak,,bagi kakak ilmu.. ibu sanggup layan karenah anak-anak ibu.. tapi ibu tak pernah mengeluh.. tabahnya hati ibu menjadi seorang ibu kepada 5 orang anak.. terlalu besar pengorbanan ibu buat kami.. terima kasih ibu!!! insyaAllah,selagi nyawa di kandung badan,kakak akan sentiasa doakan ibu.. semoga ibu tergolong dalam golongan orang2 yg beriman... dan semoga ibu bahagia di SANA.. insyaAllah,kita semua akan dapat jumpa di SANA nanti..." amin!!!!....

:: c!nTa ::

andai kata cinta itu sebuah pengorbanan..
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah percintaan?
andai kata derita itu harga sebuah cinta..
mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?
cinta seumpama kota kristal indah pada penglihatan..
tetapi derita pada perasaan...
cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali..
hati yang remuk kukuh selagi ketenangan dikecapi..
jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masik ada..
parut yang lama pasti sembuh selagi iman tersemat di dada...
cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang..
ketika itulah cinta hadir..
apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya...
cinta bukan paksaan..
ia hadir daripada dua perasaan..
kehadirannya tidak diundang..
perginya tiada yang merelakan..
kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan...
cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan..
cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan..
cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat...