KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..

Tuesday, October 16, 2012

:: kaWaN saHaBaT tEmaN ::

*luahan hati siri ke 129345zzz. -_-

huh.. x thu la kenapa. bila sebut pasal kawan, sahabat, teman..sensetip tol. automatic akan jadi serious topic.

pengalaman mematangkan kita. dari sekolah rendah, sampailah sekarang, masalah tentang kawan xpernah xde. mesti ada. 

sekolah rendah. mungkin masih 'x berapa nak matang' untuk kenal erti kawan. yang aku tahu, kawan temankan pergi tandas, kawan pergi kantin, kawan main cuit cuit, kawan teman pergi bilik guru.

tapi dalam x matang aku tu pun, aku masih ada perasaan bila 'kawan' aku tikam dari belakang. sakit.. subhanallah. dan dari situ, aku belajar apa itu kawan. betul, pengalaman mematangkan aku.

bila masuk sekolah menengah, nekad! cuba untuk cari sahabat, bukan kawan. jujur! bukan senang.... terlalu banyak duga yang datang. lepas 1, 1. lepas 2, 3 plak. fuhh!

sampai kadang kadang aku putus asa nak cari yang istimewa tu. tapi aku x boleh berhenti mencari. sebab aku tahu, dia ada sebenarnya. dan sampai 1 masa, aku dah jumpa! yaa..Allah pertemukan aku dengan mereka. sahabat..

yang sangat sangat memahami. yang bukan sahaja gembira di kongsi bersama, tapi kesedihan dia, kesedihan aku. kecewa dia, kecewa aku. sakit dia, sakit aku. terima kasih ya Allah. :')

dari situ, aku makin mengerti erti PERSAHABATAN. subhanallah, sangat indah. :')

aku sayang mereka. sayang sangat sangat keranaMu. ANDAI DIBERI PILIHAN, AKU TAK NAK TERPISAH DARIPADA MU, SAHABAT.

tapi aku tahu, kita mesti harus berpisah untuk mengejar cita cita masing masing. xpela, kita berpisah keranaNya. insyaAllah, persahabatan kita terpelihara. :')

sorang kt utara, sorang kt barat, sorang kt selatan..merata tempat. di sebabkan itu, kita sibuk dengan komitment masing masing. bukan lupa.. tapi tu la. situasi menguasai segala galanya.

dan aku sekrang di sini. keseorangan? tidak. aku cuba cari 'kawan baru' yang mungkin seperti sahabat sahabat aku. jumpa? hmm, susah nak jawab soalan tu. aku x dapat pastikan. mungkin iya, mungkin tidak~ 

memilih? bukann.. tak pernah ada istilah memilih dalam berkawan. law ada baik xpayah berkawan~

tapi tu la. situasi sekarang buat aku rindu akan sahabat sahabat dulu. andai aku boleh pulang ke masa lalu, aku nak backward pergi zaman sekolah menengah dan pause! no. but STOP! kt situ. indahnya ketika tu. sangat indah. sangat banyak aku belajar.

tapi aku tahu, itu semua mustahil. hmm.. :') tapi xpela, aku bersyukur sebab aku diberi peluang merasa nikmat tu dan ia menjadi tunjuk arah untuk aku terus mengembara..

:)

0 doakan ira bahagia.. ^_^: