KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..

Sunday, November 30, 2008

:: jiKa es0k aKu tiaDa ::

jika esok aku tiada..
jangan sesekali kau basahkan pipimu..
jangan sesekali kau biaskan sedihmu..
jangan sesekali kau hancurkan hidupmu...

jika esok aku tiada..
jangan kau ungkit sejarah silamku..
jangan kau hebahkan siapa diriku..
jangan kau khabarkan tentang duka-duka ku..
biarkan segalanya berkubur bersamaku...

jika esok aku tiada..
biarkan cerita itu berlalu..
biarkan senyumku kau lupakan..
biarkan sedihku kau buang..
biarkan resahku hatiku berkubur..
biarkan rindu itu terus mengembara...

jika esok aku tiada..
anggaplah kita hanya pengembara..
mencari erti mimpi..
menafsir erti rindu..
dalam menilai sekeping hati..
lalu kita jatuh pada sebuah kemesraan...

jika aku sudah tiada..
jangan lagi kau hitung bintang-bintang itu..
jangan lagi kau renung pada bulan..
jangan lagi kau rasai desir ombak..
dan angin salju yang dingin..
justeru pastinya aku kian parah..
mrngusung jenazah kerinduan sekeping hati...

jika esok aku tiada..
maafkanlah..
atas kesalahanku yang lalu..
atas rasa bersalahku padamu..
atas perlakuanku padamu..
atas sepi hati seorang pengembara..
yang mengembara di tanah gersang..
kerana siapalah diriku dalam seribu..
kedhaifan dan kekurangan...

Ya Allah Ya Tuhanku..
berikanlah hambaMu ini kekuatan..
menghadapi segala ujian..
biarpun tanpa keberanian..
namun ku tahu segalanya ini Tuhan..
bukanlah pengakhiran sebuah kenyataan..
takdirku telah ditentukan..
ku terima dengan keredhaan..
biarpun di hati sarat dengan tangisan..
tetapi.....
ku pasrah padaMu Tuhan...

Ya Allah Ya Tuhan ku.. dengarlah bisikan hasrat hati hambaMu ini.. yang inginkan ketenangan menyelubungi jiwa.. aku pohon padaMu Ya Tuhan yang Maha Pemurah.. berikanlah hambaMu yang hina ini sedikit kebahagiaan agar aku dapat bernafas selayaknya manusia.. aku tahu setiap ujianMu pasti ada hikmah disebaliknya.. namun hambaMu ini tidak cukup kuat untuk menghadapinya.. aku tewas pada kekuatanMu Tuhan.. aku tewas... Kau tunjukkanlah jalan untuk hambaMu ini Ya Tuhan.. aku memohan padaMu.. aku berserah padaMu untuk menentukan haluan hidupku.. aku hanya mampu berusaha namun kehendakMu untuk menentukannya.. semoga hambaMu ini tidak akan terus-terusan buntu melalui jalan yang penuh onak dan berliku ini.. Wahai Tuhan, aku tidak layak untuk masuk ke SyurgaMu namun aku juga tidak mahu untuk terhumban di dalam NerakaMu.. bantulah aku Ya Allah.. aku mohon padaMu.. Amin Ya RabbalAlamin....

Thursday, November 27, 2008

:: kaWaN ::

kawan....

memang senang nak dapat...

tapi kawan sejati??

1000 tahun kita hidup pun..lum tentu kita jumpa...

betapa susahnya nak dapat kawan sejati...
kawan yang betul2 memahami kita...

dalam hidup..kita perlukan kawan...

kalau xde kawan...hidup tak sempurna...

kawanlah tempat untuk kita mengadu...
tempat kita berkongsi suka & duka...

kawan macam nyawa kita...
kalau dia xde..mustahil kita akan bahagia...


carilah kawan selagi mampu..
dengan kawan,,hidup kita akan bahagia...

insyaALLAH.... :)

welcome to my blog

hey there. i am new here. thanx fer viewing my blog.
see ya.