KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..

Thursday, May 17, 2012

:: kaU & aKu + pEsaN buaT aDiK aDik ::


kita berbeza walaupun kita sama. aku tak seperti kau. kau hanya perlu menguruskan diri kau seorang. apa kau nak makan. apa kau nak pakai. semuanya hanya kau. kau boleh pergi ke mana kau suka. jauh mahupun dekat. kau boleh dapat apa yang kau inginkan. sebab kau hanya memikirkan tentang diri kau seorang.


tapi aku? aku perlu menguruskan sebuah keluarga. sebuah keluarga yang ada bermacam macam karenah. seperti seorang ibu menguruskan anak anaknya. tentang makan, pakaian, perasaan, keselesaan, segala segalanya. kadang kadang apa yang aku inginkan tak selalunya dapat. hanya kerana kemahuan adik adik. dapat melihat mereka gembira. itu cukup buat aku walaupun aku terpaksa ketepikan kemahuan diri. 


kadang kadang hati mereka berkata. jelesnya dorang ada ibu. dorang dapat peluk, cium, kasih sayang daripada seorang ibu. hari hari dapat rasa masakan ibu dorang. masyaAllah. adik adik ku, janganlah begitu. segala yang berlaku, ada hikmahnya. kakak masih ada bersama korang. kakak akan cuba yang terbaik untuk jaga korang, untuk beri kasih kakak hanya pada korang. walaupun kasih kakak x sama macam kasih arwah ibu. kakak akan cuba dik. jangan bersedih ok. walaupun ibu tiada di depan mata kita, tapi ibu masih ada di hati kita. sampai bila bila tepat akan ada. hari hari doa untuk ibu. moga ibu ditempatkan di sisiNya. moga kubur ibu terang, lapang. amin amin amin.. jadi anak yang soleh & solehah. insyaAllah, kita semua akan jumpa ibu lagi. selalu berdoa padaNya. kerana Dia sentiasa rindu akan doa doa hambaNya. jangan bersedih adikku.


bukan mengeluh dengan ketentuanNya. aku redha, aku bahagia, aku bersyukur kerana aku seperti ini. terima kasih ya Allah.. 


* mimpi arwah ibu walaupun sekejap. terima kasih ya Allah. :') Kau beri aku peluang melepaskan rindu ini walaupun hanya didalam mimpi. ibu, jangan pernah lupa jenguk kami adik beradik. al-fatihah buat ibu tercinta.

0 doakan ira bahagia.. ^_^: