KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..

Tuesday, December 2, 2008

:: c!nTa ::

andai kata cinta itu sebuah pengorbanan..
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah percintaan?
andai kata derita itu harga sebuah cinta..
mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?
cinta seumpama kota kristal indah pada penglihatan..
tetapi derita pada perasaan...
cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali..
hati yang remuk kukuh selagi ketenangan dikecapi..
jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masik ada..
parut yang lama pasti sembuh selagi iman tersemat di dada...
cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang..
ketika itulah cinta hadir..
apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya...
cinta bukan paksaan..
ia hadir daripada dua perasaan..
kehadirannya tidak diundang..
perginya tiada yang merelakan..
kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan...
cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan..
cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan..
cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat...

0 doakan ira bahagia.. ^_^: