KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..

Tuesday, December 2, 2008

:: !Bu :: ~LuaHaN haTi~

aku rindukan ibu... bonda tersayang!! rindu sangat-sangat kat dia.. lepas dia pergi..segala-galanya berubah.. tak sama lagi macam dulu.. kini baru aku betul-betul rasa kehilangan dia...

tiada lagi ciuman seorang ibu...pelukan seorang ibu...nasihat daripada seorang ibu..lawak jenaka ibu.. segala-galanya hilang.. hanya bayang-bayang di mata + fikiran yang ada..

mungkin dah tiba masanya untuk dia pergi.. aku redha.. ibu pun dah setahun lebih menderita.. tak sanggup aku melihat keadaan ibu masa dia sakit..

tabahnya hati ibu menerima semua tu..

tak ada siapa yang dapat menggantikan tempat ibu di hati aku..

dulu,masa dia masih ada di muka bumi Allah nie..ibulah yang paling aku rapat.. bila time cuti sekolah,ibulah yang merancang nak pergi ke mana.. tapi sekarang??? rasa lain sangat..

bila time puasa,ibulah yang pagi-pagi sibuk buat sahur untuk keluarga..

selain ayah..ibulah yang banyak bersusah payah untuk keluarga.. tak dapat aku bayangkan betapa penatnya dia..

time dah nak raya..ibulah yang jahitkan baju aku..adik2.. tapi sekarang????

segalanya tinggal kenangan..

tak ada lagi tempat untuk aku meluahkan perasaan.. tak ada lagi tempat untuk aku mengadu...

semuanya terjadi dengan terlalu cepat...

time ibu sakit..aku hanya mampu menolong ibu sekadar yang mampu.. kalaulah sakit ibu tu boleh pindah kat aku..kan bagus.. tak adalah ibu sakit menderita macam tu...

tapi nie semua ujian dari Allah...

aku tahu,Dia tengah menguji kami sekeluarga...

walaupun hati nie terasa sunyi,,tapi aku tetap kena teruskan perjuangan aku di muka bumi nie...

hanya bayang-bayang yang dapat mengubati rindu aku pada ibu...

"ibu,,kalaulah ibu boleh dengar sekarang..kakak nak cakap yang kakak sayang sangat kat ibu!!!! terima kasih sebab ibu sanggup jaga kakak,,besarkan kakak,,bagi kakak ilmu.. ibu sanggup layan karenah anak-anak ibu.. tapi ibu tak pernah mengeluh.. tabahnya hati ibu menjadi seorang ibu kepada 5 orang anak.. terlalu besar pengorbanan ibu buat kami.. terima kasih ibu!!! insyaAllah,selagi nyawa di kandung badan,kakak akan sentiasa doakan ibu.. semoga ibu tergolong dalam golongan orang2 yg beriman... dan semoga ibu bahagia di SANA.. insyaAllah,kita semua akan dapat jumpa di SANA nanti..." amin!!!!....

0 doakan ira bahagia.. ^_^: