KeCaNtiKaN seoRaNg waNitA buKaNLah daRi paKaiaN yaNg diKeNakaNnYa, suSuK yaNg iA taMpiLkaN, aTaU baGaiMaNa iA meNyisiR raMbuTnYa.KecaNtikAn seoRang waNitA haRuS diLihaT daRi maTanYa, keRaNa iTuLah piNtU haTinYa..

Sunday, May 16, 2010

:: saJaK uNtUk iBu.. ::


Ibu
Memandang yang jernih di sebalik yang kabur
Menyokongku ketika hatiku remuk dan hancur
Kasihmu tak pernah berbelah bahagi
Merangsangkan semangatku hari demi hari

Ibu
Sejuk perutmu mengandungkan aku
Tabah hatimu membesarkan aku
Cekal semangatmu mempertahankan aku
Mencurah-curah kasihmu padaku

Ibu
Sejak ku kecil hingga dewasa
Derita kau tanggung demi lihat ku bahagia
Kekuatanmu pemangkin semangatku
Kasih sayangmu mengukuhkan azamku

Ibu
Kau kini tiada lagi di sampingku
Siangku merasa sayu malam ku terasa sendu
Aku rindu teramat rindu padamu
Belaian manja ibuku, ratu hatiku

Ibu
Hanya yang dapat ku berikan padamu
Yassin dan Fatihah semampu aku
Dalam setiap solat dan doaku
Moga yang Maha Esa ampunkan segala dosamu

Ya Allah, Ya Rahman yang Esa
Ampunkanla segala silap dan dosa ibuku
Terangilah pusaranya sepanjang masa
Tempatkan ibuku di kalangan ahli Syurga!
ameenn.... -_-


* SELAMAT HARI IBU utk semua insan yg b'gelar ibu....

0 doakan ira bahagia.. ^_^: